bloggers

Sunday, February 5, 2012

Special: Maulidur Rasul

assalamualaikum w.b

salam maulidur Rasul buat semua umat Muhmmad.Oleh kerana hari ini hari maulidur rasul maka tajuk post dan apa yang bakal dipost juga berkaitan dengan Nabi kita, Nabi Muhammad.

Pagi tadi pun aku dan berpuluh lagi pelajar asrama lelaki menyambut maulidur rasul di Stadium Shah Alam,kami tidak tahu sama ada menang atau kalah dalam pertandingan perarakkan itu,tapi itu bukan masalah bagi aku.Tapi malangnya,kami terpaksa balik ke asrama awal, terlepas lah aku dengar ceramah dekat situ.Bukan rezeki!

Setelah hampir seribu tahun dahulu Nabi Muhammad meninggalkan kita,tapi alhamdullihah masih ramai lagi yang meningati baginda. Tapi persoalan yang bermain di minda aku, apakah benar kita mengingati baginda?

Walaupun aku nie bukanlah baik mane nak berceramah,tetapi kita perlu berusaha menjadi yang terbaik! Jangan tunggu mendapat gelaran ustaz baru nak berkongsi,baru nak amalkan amar makruf nahi mungkar.Berbalik kepada persoalan tadi, berapa ramai lelaki yang kencing berdiri?berapa ramai yang makan tanpa mendahulukan makanan yang tidak dijilat api?berapa ramai yang tidak pernah tinggal solat tahajud dan solat dhuha?Malang sungguh,susah untuk mencari umat Muhammad yang kononnya meningati baginda tetapi tidak mengikut amalan sunahnya.

Aku sendiri pun jarang melakukan sunah-sunah Nabi Muhammad!Lihatlah umat Islam terutama bangsa Melayu!Hanya bangsa Melayu sahaja didunia ini yang bangsanya hanya satu agama.iaitu bangsa kita MELAYU! melayu kini sebenarnya kian pupus,ini bermakna Islam di Malaysia khususnya juga kian hilang!betul kerw? kowang tepuk dada tanya iman! pasti dapat jawapan dia.

Malas nak berceramah panjang-panjang, maka marilah kita Bangsa Melayu yang sepatutnya beragama Islam itu terutama remaja seperti aku,kembali mengikut ajaran2 dan amalan2 yang dibawa oleh Muhammad.Sebab apa, hari ini aku melihat ramai remaja melayu pemikiran nya kian sempit,tetapi berasa mereka sudah cukup matang! malang sungguh.Sedangkan bangsa lain telah mempergunakan owang melayu.Ini terbukti sebelum kita merdeka lagi.

Aku kadang2 uwh sedih juga lah,apabila tengok remaja,kawan-kawan aku lah sebenarnya,pemikiran diowang semakin sempit,belajar sahaja banyak subjek,tetapi makin banyak belajar makin sempit otak? kesian aku tengok,makin ditegur makin dibenci! aku harap diowang berubah.

Sebenarnya,antara punca kenapa diowang,aku, kita,mereka semua jadi macam uwh sebab lupa bahawa kita sedang dijajah,kita lupa kita ini agama islam,owang islam.Semuanya sebab kita lupa,lupa dan lupa.So mulai hari ini kita jangan lupa lagi.apa nak buat? aduh loading arr kowang nie.....meyampah.kita bangkitlah,memartabatkan bangsa,agama dan diri sendiri .Hah macam manerw?aduhh...senangggg buat lah sunah2 nabi,berusaha menuntut ilmu sebanyak mungkin dan sebarkan, compem complete semua........tak percaya buat....malas buat banyak2 lah kan berdoa agar dapat hidayah.